Kelebihan Promosi Secara Online.
- Jumat Asin
- Aug 25, 2018
- 2 min read
Saya ada buat sedikit kajian mengenai cara ini. ToneExcel sudah pun hampir 8 tahun berada di pasaran. Dalam tempuh itu, ToneExcel telah melahirkan ramai jutawan yang terdiri daripada orang2 biasa macam kita.

Dan mereka bermula sama seperti kita, sebagai agen penjual simkad toneexcel, sehingga hari ini mereka masih lagi sebagai agen penjual simkad ToneExcel. Mereka juga bermula dengan target yang kecil2, seperti untuk mendapatkan RM500 sebulan, ada yang meletakkan target sekadar dapat pakai handphone percuma sudah memadai bagi mereka.
Tetapi apabila mereka melihat hasil didalam bisnes toneexcel ini, baru mereka sedar bahawa dalam toneexcel ini komisyen anda tiada hadnya. Ada yang mencapai hingga ratusan ribu sebulan. Memang tak masuk akal.
Didalam usia 8 tahun ini, saya amat tertarik dengan cara dan pendekatan seorang agen toneexcel di Johor. Beliau amat bersemangat dan rajin bekerja. Beliau waktu itu, datang sendiri dari JB ke KL ini berjumpa saya hanya dengan naik bas sahaja. Kemudian beliau menghabiskan senarai KBG/KBE hanya dalam masa yang singkat sahaja, tak sampai 3 bulan. Selepas itu, beliau terus memasuki bidang promosi secara online. Beliau sudah pun 5 tahun menjalankan bisnes ini dengan cara promosi online. Tidak pernah keluar rumah lagi untuk buat promosi. Beliau buat 100% menggunakan cara online seperti facebook dan wechat untuk mendapatkan pelanggan baru. Hasilnya komisyen beliau mencecah ke 5 angka setiap bulan.
Beliau pernah bekerja di Mcdonald dan juga sebagai operator biasa kilang di Singapura. Dia berjaya membuktikan bahawa hanya dengan duduk dirumah sahaja, seseorang itu boleh berjaya meningkatkan pendapatan setinggi RM55,000 sebulan.
Beliau merupakan salah satu contoh daripada sebilangan besar agen toneexcel yang mempunyai pendapatan 5 angka sebulan dengan menggunakan 100% cara promosi online. Mereka ini kebanyakkannya tidak bekerja seperti orang lain, dan mereka benar2 enjoy dengan kehidupan menerima pasif income. Mereka benar2 buat duit hanya dari rumah sahaja.
Inilah tujuan website ini diadakan, untuk membantu anda mempelajari teknik-teknik bisnes secara offline dan online yang telah digunakan oleh mereka yang berjaya tadi.
Yang menariknya mereka yang berjaya ini, sebahagiannya bukanlah datang dari golongan berjawatan tinggi, bukan mempunyai kelulusan yang tinggi. Mereka seperti kita, ada yang penganggur, ada yang bekas pekerja kilang, ada yang bekas kerja pak guard, penoreh getah, ada yang dari OKU, golong pekak dan bisu pun ada. Selama 8 tahun ini saya lihat Tone Excel benar2 dapat menghasilkan pasif income yang lumayan kepada ramai orang tanpa mengira kedudukan pelajaran mereka.
Jadi akhirnya anda mesti belajar mempromosikan bisnes toneexcel ini secara online. Teknik-teknik yang diajarkan disini bukanlah teknik2 yang susah untuk dipelajari. Asalkan apa yang diajarkan, anda cuba praktikkan, saya yakin anda akan dapati ianya satu perkara yang mudah. Belajar dan praktikkan. Kalau ia berkesan kepada ramai orang, mengapa pula ia tidak berkesan kepada anda. Mustahil jawapannya berbeza.
Kesimpulannya:
Untuk BERJAYA, anda perlu KEKAL dahulu.
Untuk KEKAL anda dalam bisnes ToneExcel ini, anda MESTI lalui pengalaman promosi offline.
Untuk meningkatkan komisyen anda dalam bisnes ToneExcel ini, anda MESTI kena belajar dan lalui pengalaman promosi online.
Untuk capai tahap komisyen yang tak masuk akal, anda MESTI lalui pengalaman DUPLIKASI, caranya hantar anak anda kesekolah



Comments