Apa MULA-MULA nak buat dalam bisnes ToneExcel ini?
- Jumat Asin
- Aug 25, 2018
- 4 min read
Bagaimana untuk mula menggerakkan bisnes Tone Excel ini. Apa perlu dilakukan?
Inilah perkara yang sering ditanyakan kepada saya, saya dah jadi pengguna simkad toneexcel, bagaimana saya NAK MULA buat bisnes ToneExcel ini, apa yang perlu saya lakukan?
Kerja utama anda didalam bisnes toneexcel ini adalah:
1. Menambahkan pelanggan di Level-1 sahaja.
2. Membantu pelanggan anda di Level-1 yang ingin menjalankan bisnes ToneExcel ini.
Bagaimana anda menambahkan pelanggan di Level-1 sahaja.
Anda baru menyertai ToneExcel ini, level-1 anda adalah kosong. Anda belum ada pelanggan lagi.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan, adalah ambil satu kertas dan senaraikan semua nama semua ahli keluarga dan rakan-rakan rapat anda yang menggunakan telefon dan topup atau bayar bil lebih daripada RM50 sebulan kedalam 2 kumpulan. Senaraikan semua sekali yang anda tahu, tak kira mereka duduk dekat ke, duduk jauh ke, senaraikan semua sekali.
Kumpulan 1. Bakal Pengguna (KBG) - Mereka menggunakan telefon dan topup lebih RM50 dan tak sesuai atau tak mungkin menjalankan bisnes ToneExcel ini.
Kumpulan 2. Bakal Pengedar (KBE) - Mereka ada kemungkinan sesuai menjalankan bisnes ini.
Contohnya:
Kumpulan 1: Bakal Pengguna (KBG):
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian duduk dekat, satu bahagian lagi duduk jauh.
1. Isteri (sebab dia selalu duduk rumah sahaja, sibuk dengan anak2)
2. Angah (anak kedua, baru 13 tahun, tak sesuai buat bisnes, belajar lah dulu)
3. Tok Wan (atok, umur dah 75 tahun, tapi masih kuat pakai telefon)
4. Joyah (kawan baik, tapi memang tak suka buat bisnes2 ni)
5. Mat Pis (kawan juga, tapi dia orang kaya, tak mungkin nak buat bisnes kecil2 macam ToneExcel)
6. Mat Tri (sepupu rapat, tapi dia dah jadi menteri, sibuk sangat, tak ada masa nak buat bisnes)
seterusnya.....
seterusnya.....
seterusnya.....
seterusnya.....
Kumpulan 2. Bakal Pengedar (KBE):
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian duduk dekat, satu bahagian lagi duduk jauh.
1. Abang long.
2. Kak Ngah.
3. Pak Long.
4. Pak Ngah.
5. Jijah (kawan baik)
6. Mat Tarko (kawan baik dari sekolah)
7. Jebon (kawan sekerja)
8. Jambrut (kawan mengumpat)
15. Minah Lenggang (Kawan poco2)
16. Mat Kelambu (Kawan main badminton)
17. seterusnya.....
18. seterusnya.....
seterusnya.....
seterusnya.....
49. seterusnya.....
50. seterusnya.....
51. seterusnya.....
Mereka yang didalam senarai ini, anda kena pergi jumpa mereka, mana yang dekat jumpa depan-depan, mana yang jauh jumpa melalui telefon ada, whatsapp ada, whatsapp video call ada. Sekarang ini, duduk jauh bukan satu alasan lagi untuk kita tidak menerangkan bisnes ini kepada mereka.
Ramai orang kata ini cara offline. Saya setuju ini cara offline, tetapi kita boleh buat offline menggunakan peralatan online.
Lakukan ini untuk Senarai KBG.
Bulan pertama anda sertai bisnes toneexcel ini, anda kena belikan simkad toneexcel seberapa mampu dan berikan PERCUMA kepada KBG ini. DAFTARKAN mereka dibawah Level-1 anda. Kalau bulan ini anda mampu belikan 2 keping simkad, anda beli simkad ini dan berikan PERCUMA, contohnya pada isteri anda dan angah (anak kedua anda). Bulan hadapannya, jika anda mampu beli 3 keping simkad toneexcel, dan berikan PERCUMA kepada KBG ini, dan lakukan perkara ini setiap bulan sehinggalah habis senarai nama dibawah KBG ini.
Setiap kali anda berikan percuma pada kumpulan pengguna ini, anda beritahu mereka setiap pengguna ToneExcel diberikan Perlindungan Insuran Takaful asalkan mereka topup RM50 dan keatas setiap bulan. Kalau pakai jenama lain mana ada semua benda2 ni. Jadi sebenarnya anda memberikan satu kelebihan dan kebaikan kepada mereka.
Keduanya, beritahu mereka yang mereka akan menggunakan nombor lama, tak perlu nak tukar nombor, dan jangan takut hilang nombor. (Asalkan nombor lama itu didaftarkan menggunakan IC mereka sebelum ini).
Lakukan ini untuk Senarai KBE.
Dan dalam bulan pertama kita join tu, pergilah terangkan kepada seorang dua didalam Kumpulan Bakal Pengedar (KBE) pula. Terangkan kepada mereka bagaimana dengan simkad ToneExcel ini mereka boleh menjana pendapatan. Terangkan pasal 6%, 3%, 11% sudah memadai, tak perlu terangkan panjang2. Dalam sebulan dapat 2 orang sahaja yang anda registerkan dibawah level-1 anda, sudah cukup dan bagi saya sudah dikira banyak. Pergi jumpa dan terangkan seorang dua dari KBE ini setiap bulan sehinggalah semua senarai dalam KBE itu telah habis anda terangkan tentang bisnes ini.
Untuk memastikan sistem duplikasi berlaku, pastikan setiap orang dari KBE yang mendaftar dibawah level-1 anda, anda berikan website ini www.toneexcel.biz/xxxxxx (dimana xxxxx adalah no. IDP anda) dan tekankan supaya mereka WAJIB baca dan belajar sepenuhnya daripada website ini, . Biarkan mereka belajar sendiri, biarkan mereka lebih pandai daripada kita, biarkan mereka boleh berdikari, dan akhir mereka boleh bergerak dengan sendirinya. Ini akan menyebabkan mereka akan berkembang dan secara tak langsung rangkaian anda akan berkembang.
Jadi kedua-dua kumpulan ini adalah amat penting untuk anda.
Kumpulan 1. Bakal Pengguna (KBG) - amat penting untuk memastikan yang anda kekal didalam bisnes ini. Kalau anda tak kekal dalam bisnes ini, mana mungkin anda boleh berjaya dalam bisnes ini.
Kumpulan 2. Bakal Pengedar (KBE) - amat penting untuk mengembangkan rakaian anda. Kalau rangkaian anda tidak berkembang, mana mungkin anda boleh meningkatkan komisyen anda.
📷
Jika anda boleh lakukan perkara ini:
1. Dalam tempuh setahun anda boleh habiskan semua KBG didaftarkan pada level-1 anda.
2. Setiap bulan, selama setahun anda boleh mendaftarkan sekurang2nya 1 orang dari KBE. Maka cukup setahun anda sudah ada 1 orang dari KBE telah jadi Level-1 anda.
3. Anda boleh pastikan yang setiap orang dari KBE yang anda daftarkan mula belajar sendiri di www.toneexcel.biz
4. Pastikan yang KBE anda LIKE facebook saya ini www.facebook.com/mazelanabas66 kemudian minta mereka pergi ke Following dan setkan See First.
Dalam pengiraan saya, pada penghujung bulan ke-12, komisyen topup anda samada hampir atau sama atau lebih daripada RM2,690 setiap bulan. Sekarang tugas anda adalah BUKTIKAN yang pengiraan saya SALAH.
Sekiranya anda ingin menjana pendapatan lebih daripada itu sebulan, anda sudah perlu kena belajar promosi secara online. Ini kerana lama-lama senarai KBG/KBE anda akan habis, mana lagi anda ingin mencari level-1 anda? Jawapannya ONLINE. Anda akan belajar di bab yang akan datang.
1) Print borang list dibawah ini untuk membuat SENARAI KBG/KBE.
www.toneexcel.biz/kbgkbelist.pdf
2) Print borang dibawah ini untuk mencatatkan TARGET SETAHUN anda.
www.toneexcel.biz/kbgkbetarget.pdf
3) Print target setahun cara pengiraan bagaimana untuk anda mencapai komisyen minima RM2,690 dalam tempoh setahun. Hanya 1 KBG dan 1 KBE
www.toneexcel.biz/1yeartarget2.pdf
4) Kalau anda ingin mengamalkan konsep Hanya 2 KBG dan 2 KBE untuk seluruh network anda, anda boleh lihat sendiri hasilnya apabila cukup setahun. Jangan terkejut sudah.
www.toneexcel.biz/1yeartarget4.pdf
Kalau ada sesiapa yang nak download file Excel cara pengiraan boleh KLIK DISINI
Jumat Asin
https://preview.tinyurl.com/yd9bcu9n




Comments