JANGAN BUAT KESILAPAN INI.
- Jumat Asin
- Aug 25, 2018
- 4 min read
Pesanan dari kami kepada yang baru sertai bisnes ini, atau nasihat kepada yang kurang berjaya dalam bisnes ini.

Kesilapan yang sering dilakukan.
Artikel ini saya tujukan kepada rakan2 yang baru sahaja menyertai bisnes Tone Excel ini, dan juga kepada rakan2 ToneExcel yang dah lama join ToneExcel tetapi komisyen tak sampai pun RM100.
Yang tidak termasuk katogori diatas, nak baca boleh, tak mau baca pun boleh.
Ramai orang join bisnes toneexcel ini pasal terpengaruh dari iklan atau propoganda bahawa nak jalankan bisnes ini sangat mudah, boleh buat online sahaja, promote dekat facebook boleh jadi kaya, boleh jadi jutawan, boleh dapat ribu riban setiap bulan. (Saya pun kadang2 terlajak juga buat iklan seperti ini). Lalu mereka pun join
Tetapi bila mereka sertai bisnes ini, mereka pun buat promosi di online melalui facebook, berbulan-bulan iklan, haram sorang pun tak dapat.
Lalu mereka cuba lagilah beberapa bulan promote dekat facebook, pun masih tak dapat lagi. Akhirnya mereka campak simkad toneexcel, tukar kepada line lain.
Ada juga yang bertahan buat promosi online selama setahun, masih tak dapat downline juga, akhirnya mereka anggap susah nak buat bisnes toneexcel ini. Buat bisnes lain. Sama jugak, terlingkup bisnes lain, tukar pulak bisnes lain, terlingkup jugak, dan perkara ini berpusing-pusing beberapa kali sebagai kitaran percubaan mereka. Sebenarnya bukan bisnes yang salah, tetapi cara kita sendiri yang salah.
Kita tidak akan berjaya memperbaiki sesuatu yang rosak jika kita baiki ditempat yang salah. Malah lebih teruk lagi jika kita perbaiki ditempat yang memang sudah baik, silap2 yang baik tadi pun akan menjadi rosak. Maka bertambah2lah teruklah kerosakan itu.
Walau bagaimana pun, bagi saya mereka adalah orang yang saya hormat kerana sentiasa berusaha untuk menambahkan pendapatan diri dan keluarga mereka sendiri.
Dimana silapnya?
Saya tak tahu dimana silapnya, tapi saya rasa kalau betul caranya diperingkat awal kita boleh cegah perkara ini daripada berlaku.
Iklan2 yang banyak di facebook, iklan betapa mudahnya buat duit dengan toneexcel ini, sebenarnya memang betul cara itu mudah dan berkesan, tetapi hanya untuk mereka sahaja. Saya ulang, untuk mereka, BUKAN UNTUK ANDA. Bagi mereka, memang betul sangat mudah mengembangkan level-1 hanya dengan beriklan di facebook sahaja.
Tetapi satu perkara yang mungkin anda tidak tahu, adalah bagaimana mereka sampai ketahap itu, sudah pasti mereka itu melalui jalan yang sukar diperingkat awal. Mereka bersusah payah melepasi satu tahap ke tahap yang lain. Mereka dah jadi macam Ananda Khrisnan, orang topup maxis, Ananda Khrisnan dapat untuk untung duduk dirumah.
Tetapi siapa tahu susah payah Ananda semasa mula2 nak setup maxis, berapa banyak dia keluar duit untuk bina pencawang, nak setup ofis2 maxis, nak setup programing, nak setup ground-work. Beratus2 juta, malah berbillion dia kena keluar modal, sebelum ada orang pertama yang topup handphone maxis mereka.
Begitu juga dengan anda yang baru join bisnes toneexcel ini. Anda TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN cara iklan difacebook jika anda belum lagi belajar, lalui dan mengalami jalan2nya diperingkat awal.
Cara beriklan secara online ini sebenarnya tahap dewa2 dan mambang-mambang. Mambang tanah dan mambang kuning. 😱😱😱
Anda belum lagi sampai tahap tu, kena terima hakikat ini. Kena belajar dari jurus satu, jurus dua, kena belajar sama seperti belajar dengan Pendekar Mustar di kampung pinang sebatang.
Jadi, sebelum anda tiru macam pendekar mustar, atau tiru mambang-mambang lain, belajar dahulu jurus-jurus awal.
Jurus-jurus awal.
1. Sudahkah anda mempunyai senarai KBG dan KBE?
(Kalau tak faham istilah KBG/KBE maknanya anda belum lihat lagi tajuk sebelumnya)
2. Sudahkah anda mulakan memberi percuma setiap bulan sehingga habis semua didalam senarai KBG? Biarlah ambil setahun pun baru habis.
3. Sudahkah anda serang seorang dua didalam senarai KBE setiap bulan? Biarlah ambil setahun pun baru habis.
4. Sudahkah anda pastikan setiap orang yang register di Level-1 anda dari KBE sudah dihantar ke Sekolah Bisnes ToneExcel (www.toneexcel.biz)
Jika anda sudah selesaikan pelajaran di jurus2 di sekolah rendah ini, barulah anda boleh mula belajar online sikit2 promosi secara online ini. Waktu itu barulah anda faham, bahawa ilmu awal itu adalah asas untuk mencapai kepada ilmu yang lebih tinggi.
Ilmu promosi online, adalah ilmu yang amat penting, ilmu yang boleh melonjakkan bisnes anda ke tahap yang tak masuk akal, tetapi amat sukar dipelajari, kalau anda tidak ada asas marketing, dimana jurus2 awal itulah asas bisnes dan marketing, mustahil anda akan faham tentang ilmu promosi online. Sebab itu ramai yang buat, tapi tak menjadi. Mereka rasa mereka sudah tiru kesemuanya apa yang orang berjaya buat dalam online ini, tapi mereka berjaya dan anda tidak. Ini lah perbuatan yang SAMA TAPI TAK SERUPA.
Selagi tak habis belajar jurus awal, jangan sesekali nak belajar ilmu terbang, ilmu tendang tanpa bayang.
Kalau anda sekolah rendah pun belum habis, mengeja pun belum reti lagi, MANA MAU NYA, tiba2 nak menyelesaikan masalah peringkat universiti.
Selagi tak habis selesaikan senarai KBG dan KBE ini, jangan sekali sentuh ilmu promosi online, nanti anda sendiri yang hampa. Saya tak mahu mendengar keluh kesah anda, sedih rasanya. 😭 😭 😭
Bisnes toneexcel ini amat mudah untuk berjaya, jika anda menyusuri jalan yang betul, tetapi bisnes yang mudah JANGAN anda jadikan ia SUSAH.
Jika anda ingin dapat komisyen puluh2 ribu macam mereka, ikuti jejak mereka dahulu, bukan ikuti cara mereka sekarang.
Satu hari nanti, bila komisyen anda sudah berpuluh ribu sebulan, ingat pesan saya ini, hantar anak anda (Level-1) pergi ke sekolah PERCUMA bisnes toneexcel ini (www.toneexcel.biz), jika tidak bersedialah menghadapi nasib malang dan terimalah hakikat yang semua anak anda adalah MANDUL.
Terima Kasih.



Comments